Pickup Truck Kegemaran Rakyat Malaysia ?
Secara umumnya diketahui, pickup truck yang menjadi pilihan orang ramai dari dahulu lagi adalah Toyota Hilux. Akan tetapi, model Navara daripada NISSAN juga mula mendapat tempat di hati kalangan kita. Pada kali ini, saya cuba untuk berkongsi sebuah pickup truck yang agak menarik untuk diperkongsikan buat semua iaitu Nissan Navara (Facelift) Edisi 2022
Antara aspek yang dititikberatkan untuk memilik sebuah pickup truck adalah kebolehan kenderaan itu sendiri untuk mengharungi permukaan bumi yang mencabar seperti kawasan yang berbukit, berlumpur dan sebagainya. Oleh itu, saya akan membawa kalian untuk melihat satu persatu kelebihan mengharungi permukaan mencabar yang ada pada Nissan Navara Versi Facelift 2022 ini.
Bagi sistem transmisi pula, pickup truck ini menggunakan sistem transmisi 7 kelajuan dengan
mode manual
Bagi warna, kenderaan ini tersedia dalam mengikut varian yang mana untuk versi PRO-4X mempunyai warna seperti ' Stealth Grey', merah, putih dan hitam. Untuk versi VL, V dan SE pula tersedia warna kelabu, merah, putih dan hitam manakala untuk versi single cab hanya tersedia dalam warna putih sahaja.
Dari segi seni rekabentuk luaran, design terbaharu ini menampakkan satu sisi yang lain navara yang mana versi facelift ini menampakkan sisi yang lebih garang, sporty dan elegant untuk sebuah pickup truck. Dari grafik ini, dapat dilihat perubahan ketara yang dibuat oleh Nissan untuk versi facelift ini.
Nissan Navara Generasi Ketiga (D23) 2022 Facelift versi Pro-4XL
( sumber grafik : nissan.com )
Antara aspek yang dititikberatkan untuk memilik sebuah pickup truck adalah kebolehan kenderaan itu sendiri untuk mengharungi permukaan bumi yang mencabar seperti kawasan yang berbukit, berlumpur dan sebagainya. Oleh itu, saya akan membawa kalian untuk melihat satu persatu kelebihan mengharungi permukaan mencabar yang ada pada Nissan Navara Versi Facelift 2022 ini.
Kelebihan pertama adalah ' Electronic Locking Rear Differential ' . Sistem ini berfungsi untuk menghantar pacuan kuasa daripada enjin secara sekata kepada roda belakang dan membantu untuk menambah cengkaman roda kepada permukaan agar lebih memudahkan kenderaan melepasi permukaan bumi yang mencabar.
Kelebihan yang kedua adalah ' Hill Descent Control. Sistem ini pula berfungsi untuk membantu kenderaan turun dari kawasan yang curam dalam keadaan yang terkawal. Sistem ini akan merubah kelajuan kenderaan secara automatik dengan mengawal tekanan brek untuk memastikan kenderaan menurun dalam kelajuan terkawal.
Kelebihan ketiga adalah ' Hill Start Assist ' . Sistem ini membantu kenderaan untuk mendaki permukaan yang curam. Sistem ini akan membantu kenderaan supaya tidak berundur ke belakang untuk tempoh 2 saat apabila kita mula pendakian.
Kelebihan keempat ini diberi nama ' ABLS ( Active Brake Limited Slip ) '. Sistem ini akan membantu dalam segi cengkaman agar pengendalian stering kenderaan dalam keadaan terkawal.
Kelebihan kelima pula adalah ' Shift-on-the-fly 4-wheel Drive System '. Sistem ini pula menyediakan sebuah suis pertukaran daripada 2WD kepada 4WD yang mampu dilakukan dalam kelajuan sehingga 100km/h.
Itu serba sedikit kelebihan dan fungsi yang tersedia pada Nissan Navara Facelift 2022 ini. Jadi bagaimana ? Adakah ciri-ciri ini dapat memenuhi kriteria yang diperlukan oleh anda untuk memiliki kenderaan pacuan 4 roda ini ?
( sumber grafik : nissan.com.my )
Jom kita masuk pula kepada enjin yang memacu kenderaan ini.
YD25
Pickup Truck ini dikuasakan oleh sebuah model enjin iaitu YD25. Enjin ini merupakan sebuah enjin 'Variable Geometry System (VGS) Turbo Intercooler Diesel ' berkasiti 2.5L yang mana mampu menghasilkan 190 HP dan 450 Nm torque. Dengan 'output' yang dihasilkan, enjin ini mampu memberikan kuasa yang diperlukan saat mengharungi permukaan yang mencabar.
mode manual
Selesai untuk prestasi enjin dan pemacuannya. Kita masuk pula kepada seni rekabentuk kenderaan pacuan 4 roda ini.
( Sumber grafik : nissan.com.my )
( Sumber gambar : nissan.com.my )
Bagi rekabentuk dalaman pula dapat dilihat pada grafik di bawah ini. Jelas menunjukkan sisi sporty dan garang yang mana penggunaan warna hitam dan sedikit merah seperti pada logo Nissan pada stereng yang menggabungkan warna hitam dan merah. Selain itu juga, pada tempat duduk. Terdapat jahitan berwarna merah yang menaikkan imej sporty dan elegant itu.
Untuk varian dan harga pula, kita dapat lihat daripada grafik di bawah ini :
( sumber gambar : nissan.com.my )
( Sumber grafik : nissan.com.my)
Ini adalah versi yang dijual di dalam pasaran negara kita buat masa sekarang. Dengan variasi yang dijual bersama harganya, setiap variasi adalah berbaloi dengan harganya.
Jadi bagaimana setelah mengikuti perkongsian ini dari awal sehingga akhir, adakah Nissan Navara Facelift 2022 ini memenuhi citarasa dan keperluan untuk menjadikan kereta ini sebagai milik anda. Semua orang berhak memilih dan semua orang juga berhak melilih yang terbaik. Ini adalah sedikit sebanyak perkongsian yang dapat saya kongsikan buat semua. Harap bermanfaat.
Berjumpa lagi kita pada penulisan yang akan datang
Muhammad Firdaus Nasripan
20/12/2022
Disclaimer : Ini adalah pendapat peribadi
macam kene cuba beli ni...info yang menarik
ReplyDeletelawa juga navara ni
ReplyDeletegood 👍
ReplyDelete